Selasa, 11 Disember 2012

Birthday 'Red Tiger'

     7 Disember 2011 - 7 Disember 2012. Genap setahun 'Red Tiger'  berkhidmat kepada keluarga aku. الحمد لله setakat ni prestasi 'Red Tiger'  sangat memuaskan. Enjin 1.6 dengan transmisi CVT sangat mengagumkan.Kalau nak tahu best ke tidak, cubalah pandu uji. Pergi sahaja ke mana-mana Proton Centre yang berdekatan. Bagi sesiapa yang tak pernah pandu kereta dengan transmisi CVT, anda patut mencubanya.

     Honda City dan Toyota Vios antara pilihan lain selain 'Red Tiger'  ni. Tapi setelah buat kajian lebih kurang sebulan lebih jugak, ternyata 'Red Tiger' menjadi pilihan. Sebab apa? Hehehe.. Selain harga kedua-dua kereta Jepun ini yang lebih mahal, prestasi ketiga-tiga kereta ni sebenarnya lebih kurang sama. Cuma yang membezakan mungkin dari segi kualiti.

'Red Tiger' mengaum..
                                           
 
     Setakat ini 'Red Tiger' sudah berlari sejauh 30 600km. Huh! Agak jauh juga dia menjelajah, walaupun usianya baru mencecah setahun. Sepanjang tahun 2012, agaknya sudah lebih 5 kali dia mengharungi Banjaran Titiwangsa. Laluan yang paling best ialah bila mendaki bukit sekitar negeri Perak. Pendakian yang lancar dan mengambil selekoh dengan hebat sekali. Memang berbaloi Proton masukkan teknologi Lotus untuk handling yang mantap macam ni.

merah menyala-nyala..

  
     Bagi sesiapa yang hendak memiliki kereta, pastikan anda tahu tentang karekter sesebuah kereta itu. Jangan hanya membeli kerana brand. Buat survey terlebih dahulu. Memiliki sesuatu dengan ilmu lebih bermakna berbanding hanya ikut-ikut orang. 

p/s : andai ada rezeki, teringin nak tambah lagi satu. 

p/s : ehem2..bukan tambah bini, tapi tambah kereta

p/s : teringin nak drive MPV pulak..

'Red Tiger' sedang beraksi..